17 December 2009

'SEPERTI' INGIN BUNUH DIRI

kehadapan belogku yang tercinta,

ya, saya tengah berkerja sekarang, tapi jika beloggers lain boleh. maka saya tidak terkecuali. ya tidak?

saya nak buat pengakuan. hingga kini (yakni pukul 11:22pagi) saya yakin diri saya teramatlah bodoh. saya rasa diri saya ini seorang yang memang tidak patut hidup lagi di muka bumi. saya adalah seorang yang bodoh. kamu percaya kepada 'karma'? apa yek dalam bahasa? ntahla. mungkin nasib saya sudah baik untuk waktu yang agak lama, dan sekarang tiba masanya untuk saya menerima 'hujung kayu yang berlainan' (the other end of the stick).

ya, aji telah memanggil saya ke kamar beliau. seperti biasalah kan? dan ya, dia menasihati saya (read: memberitahu dengan cara memarahi). lantas saya terasa bodoh.

boleh saya berikan suatu contoh? tak boleh? peduli apa, nak beritahu jugak. jika asalnya kamu bukan dari tempat itu, adakah ia wajar yang kamu ARIF mengenai tatacara dll di situ? jawab. ok, jika anda juga masih bukan asalnya dari tempat itu, adakah wajar anda patut sudah mendapat kesemua seperti orang lain yang telah lama berada di situ? jawab, jawab. mestilah tidak kan? jadi anda faham kenapa saya ini seorang yang bodoh.

seperti seekor lembu; makan pun salah, apatah lagi kalau tidak makan. maka, turut serta diaplikasikan disini.

ya, mereka semua telahpun menasihati saya berkenaan dengan perangai aji tu, tapi apakan daya, saya degil untuk mencuba. saya degil untuk mencuba sesuatu yang baru dan saya degil untuk terus kekal walaupun digelar bodoh. ya, bodoh.

sepanjang bulan ini, saya mendapat tidak kurang daripada kasih sayang, belaian dan kemesraan daripada semua yang berada di sekeliling saya. dan saya sungguh bersyukur. tapi seperti semua yang indah, akan ada sahaja yang tidak kekal. maka, kebodohan saya yang terlampau ini pun jelas kelihatan. sungguh sedih. apakan daya. bukan saja aji ini yang meronta, malah aji disana juga turut mengusutkan keadaan. hai, apalah dengan lelaki di sekitar saya ini? hanya dia yang masih setia kepada saya.

sebenarnya, saya kesian dengan aji, saya sedar dia seperti tidak gembira dengan diri sendiri. maka, bagi dia, seluruh dunia tidak mencukupi. dan saya sedar bahawa walaupun saya bukan alim, tapi saya akan berdoa juga untuk kesejahteraannya, walaupun dia bukan islam.

sudahla, saya dah tidak larat lagi nak merungut mengenainya. biarlah dia dengan caranya. dan demi dia, saya sanggup berubah. saya kan bodoh.

2 RANTS:

Quiyah & Hasrul said...

eh, jgn ckp mcm tuh, tak baik.. tuhan dah anugerahkan anda otak yg geliga sekali..

Petrina said...

do keep on praying.
heaven knows i did pray and still do pray for him.
send my regards to carrie, i know she's also struggling.

you take care now.